Palestin: Setakat Mana Kita Ambil Peduli?

Tatkala rakyat Malaysia bersuka ria menyambut tahun baru, Palestin menyambut tahun baru dengan ledakan bom dan serangan udara. Ramai orang awam (termasuk kanak-kanak dan orang tua) syahid. Tiada siapa ambil peduli. Kita sebagai negara saudara seIslam mereka pun tidak menganjurkan apa-apa bantahan. Berbeza dengan Indonesia yang bersemangat membuat perarakan membantah kekejaman Israel di hadapan kedutaan Amerika di Jakarta. Sedemikian banyak Islamic conference tahunan yang dianjurkan (malah dipengerusikan) oleh negara Malaysia yang membabitkan negara-negara Islam yang disatukan di bawah satu bumbung - tiada satu pun yang mengutuk sekeji-kejinya perbuatan Israel yang merupakan sekutu kuat Amerika terhadap rakyat Palestin. Selepas persidangan, ada suara-suara mengampu (media la..) menulis tentang berjayanya conference (yang aku panggil perbincangan kosong kedai kopi) yang dianjurkan oleh Malaysia. Kita berjaya membawa pemimpin-pemimpin lain duduk semeja dan berbincang. Tapi biasa lah Malaysia. Berbincang memang banyak kali tapi resolusinya langsung tidak nampak. Langsung! Barangkali ini lah penyakit sebenar umat Islam seluruh dunia. Cakap kosong! Atau, mungkin kita tidak mahu mengutuk kerana terlalu sayangkan hubungan diplomatik dengan negara setan yang satu tu? Mungkin kerana takut negara kita juga dicop sebagai negara yang meggalakkan keganasan? Mungkin kerana kita takut KFC dan McD di negara ditutup dan ini membuatkan kerajaan hilang hasil cukai daripada sektor-sektor terbabit? Mungkin kah? Jika ya, aku ikrarkan pemimpin kita TAK ADA BATU!

Macam mana nak sedarkan orang lain tentang Islam jika pemimpin sendiri tudung melayang terbang entah ke mana? Isteri-isteri menteri dan permaisuri negeri-negeri (kecuali isteri Agong) tidak ramai yang bertudung. Orang begini yang mahu kita harapkan untuk mengutuk kekejaman kepada orang Islam di negara lain? Di negara sendiri pun berterabur, usahkan di negeri sendiri. Nasib baik ada PAS. Sekurang-kurangnya menjadi penyelamat dan pengingat kepada pemimpin bongkak yang lalai. Nama je Islam tapi perbuatan dan pemakaian tidakmencerminkan keislaman langsung. Langsung tiada!

Pengeboman dari udara yang terjadi kepada penduduk Palestin tempoh hari, setakat mana kita ambil peduli? Siapa nak buat demonstrasi? Aku nak ikut!

Memakai Tali Pinggang Keledar di Belakang: Aku Nak Tanya

Aku benci untuk bercerita tapi aku hanya ingin bertanya. Mendengar radio pagi tadi membuatkan aku sedikit geram. Entah lah mana punya authority yang beri cadangan untuk extend pemakaian tali pinggang keledar untuk penumpang bas dan keretapi juga. Nasib baiklah bila ditanya adakah JPJ akan mengadakan sekatan jalanraya khas untuk mencari pesalah yang tidak mengenakan tali pinggang keledar di belakang, jawapannya adalah tidak. Fuh.. Aku sedikit lega. Walaupun aku jarang membawa penumpang belakang, aku cukup kesal dengan alasan cetek kerajaan yang mahu menguatkuasakan undang-undang baru ini. Dikuatkuasa itu bermakna wajib buat (pakai).

Semua tahu yang kerajaan sekarang sudah pokai dan mahu “mengutip” duit menggunakan cara wajib dapat seperti ini. Aku tidak mahu condemn lebih-lebih tapi aku mahu mendengar pendapat sesiapa yang menyokong idea ini kerana bagi aku kerajaan hanya cuma mencipta satu sebab untuk mengenakan saman ke atas rakyat. Mengeluarkan saman itu maknanya duit masuk. Jadi, apa pendapat kalian?

Hehe..

Amaran dan peringatan - Sila update bayaran untuk domain dan hosting kalian sebelum masanya. Jangan tunggu masa relax dan dah dekat due baru ingat nak pergi buat bayaran. Haha. Terima kasih aku ucapkan buat Mie dari PH dan Life4Hire kerana ambil tahu dan bersedia menahan bontot, eh silap, nak tolong sebenarnya. :p Juga kepada pembaca-pembaca aku tidak pernah kenal kerana sudi bertanya khabar - terima kasih. Jangan lupa tinggalkan alamat rumah kalian di bahagian komen. Aku nak pos jam Rolex Petaling Street sorang satu. Haha.

Apa-apa hal layan kartun skema aku dulu. Jangan risau kalau tidak faham. Tafsiran ada di bawah.

hehe
A: Apsal ko lewat bayar domain ngan hosting ha?
B: Sukati aku la blog aku!
A: Perempuan gila!
B: Ko la gila!

Salam Maal Hijrah 1430H

Salam Maal Hijrah 1430H buat semua aku ucapkan. Jika ada azam yang masih bertahun tertangguh, ada baiknya kita bermula dari hari ini, right here right now. Yang menghisap rokok, boleh cuba-cuba berhenti. Mesti ramai ni.. Yang selalu tertinggal atau saja-saja tinggal sembahyang, boleh cuba-cuba jadi orang Islam balik dengan mencari sejadah dan kain pelikat yang dah lama tidak diguna. Malu kat saudara baru. Iman mereka lagi tinggi dari kita yang Islam dari asal kelahiran. Yang ini juga mesti ramai. Melayu moden katakan. Melayu moden tidak perlu sembahyang. Hotak kau.. Tak kool la tak sembahyang. Ye tak? Huh..

Jadi, kita tutup tirai 1429H dengan azam baru untuk memperbaiki apa yang patut. Mula dari diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan. Dipulau rakan-rakan kerana tidak menghisap rokok dan sembahyang cukup tidak mengapa. Kita masih ada “rakan” yang paling rapat dan akrab iaitu Allah S.W.T. Tidak perlu takut. La Khaufun Wala Tahzanu (ayat al.quran) yang membawa maksud “jangan takut dan jangan kau malu”. Itu lebih baik daripada menghidu asap kawan baik jin dan berkawan dengan peruntuh agama Allah.

Last sekali: Siapa terasa? Aku juga terasa sedikit. Kalian?

Jenis Rumah Yang Aku Suka

Aku adalah seorang Perfectionist. Ya, ianya satu penyakit dan aku akui aku tidak segan mempunyai penyakit tersebut. Terima kasih MK untuk sokongan. Sila tunggu Jam Rolex Petaling Street akan dihantar oleh incik posmen. :)

Kelemahan itu, sebenarnya, is part of the beauty. Keep it :)

Rumah seorang perfectionist selalunya tidak berkubang. Segalanya perfect. Paling tidak pun, seems to be perfect. Apa-apa hal pun, perkataan perfect itu masih layak untuk digandingkan bersama dengan seorang perfectionist. Jadi, suka kiranya aku berkongsi dengan kalian tentang jenis interior sebuah rumah idaman aku sebagai seorang perfectionist. Sumber nya aku lupa dari mana (maaf). Yang aku tahu, ianya ada kaitan dengan ma.tt, salah seorang di sebalik tabir Wordpress. Jange maroh deh matt. Kawe sekeh palo key (jangan marah ye matt, gua sekeh kepala karang). Haha.

dsc_0778-840x558

dsc_0784-840x558

dsc_0793-840x558

klik gambar untuk besarkan

Bahagian dalaman nya nyata bersih dan tersusun dek kerana tidak banyak perabot. Hanya barang-barang perlu saja yang dimuatkan di dalam satu-satu ruang. Aku sukakan kombinasi warna mocha dan daffodil dalam gambar pertama. Tiangnya pula memukau. Aku tidak pernah terfikir dengan membiarkannya tanpa dicat akan menaikkan seri ruang. Lantai laminate kayu pula amat sesuai digandingkan dengan skirting berwarna putih di sepanjang kaki dinding. Aku telah jatuh cinta.

Frame pintu pula dicat warna putih susu dan mengekalkan warna mocha untuk dinding bagi ruangan yang aku kira adalah ruang keluarga. Sekali lagi, implimentasi dinding tidak bercat di satu ruang menampakkan kreativiti pemilik. Karpet celoreng seperti di badan “pak belang” dan sofa kulit menambahkan impak “seni” kreatif yang cuba ditampilkan. Tidak lupa juga poster minyak (aku rasa) yang di’tampal di dinding tanpa cat tersebut, menjadikan ianya sebagai titik fokus ruang. Sungguh selesa pada mata aku. Plaster siling yang dibiarkan tanpa cornice (skirting) begitu menarik perhatian. Seperti sedang bertamu di dalam bilik hotel, dalam suite mewah.

Aku telah berjanji dengan isteri untuk menghadiahkan rumah semacam ini kepada beliau menjelang 2011 kelak. InsyaAllah akan terlaksana. Walaupun lambat lagi, aku harap kalian tahu yang membuat rumah bukan seperti makan biskut, sekejap je. Tambah-tambah lagi orang macam aku. Faham-faham lah. :) Doakan aku berjaya merealisasikan impian ni deh.

The Mom Song

Santai sahaja entri kali ini. Sila dengar sampai habis. Aku suka, tentu kalian juga suka. Dijamin! Mari gelak sama-sama. Haha.

Penulisan Kreatif (yang tidak ramai berusaha mahu memahami)

Aku tidak mahu mengadaptasi makna penulisan kreatif yang telah ditulis somewhere, online atau offline. Cukup dengan memahami bahawa penulisan kreatif adalah penulisan yang bahasanya susah sedikit untuk difahami. Ia memerlukan pembaca berfikir (sedikit) untuk memahami maksud sebenar satu-satu penulisan itu. Tidak susah pun. Cuma ayatnya tidak terlalu murah seperti di blog-blog picisan yang hanya tahu berblog kosong tanpa diselit sesuatu yang bisa membangunkan bangsa dan ummah (walau sedikit). Terkena? Maafkan aku..

Mungkin kalian akan memandangkan aku dengan ayat “What the hell?” di dalam hati tapi abaikan ayat di atas jika kalian berblog hanya untuk kepuasan diri. Jangan jadikan ayat di atas sebagai perosak kepada impian kalian untuk menjadi blogger bertaraf selebriti. Sila teruskan niat baik tersebut.beruk-mu-versi-kelantan
Contoh terbaik penulisan (yang sedikit) kreatif adalah entri tentang hudud yang aku buat di Infomalaya. Idea tercetus melalui pengalaman yang baru dilalui tengah hari tadi di dalam pejabat aku. Dah tak reti nak balik KL ke Krismas ni? Huhu.. Abaikan cina mabuk tersebut. Apa yang aku ingin tekankan di sini adalah tentang penulisan kreatif. Memang benar blog-blog yang penuh bersawang dengan penulisan kreatif kurang diminati berbanding blog-blog hiburan sampah tapi ia juga ada kekuatan tersendiri. Kata orang, “Mata pena itu lebih tajam dari mata pedang”. Silap haribulan, para pembenci pula yang ramai datang bertandang - dengan alasan nak mencari kesalahan. Tak gitu? :)

Berblog itu adalah salah satu cara berhibur dengan cara melontar pandangan, berkongsi informasi dan setiap minit dalam kehidupan. Tidak perlu di’berat’kan sangat. Be happy okeh?

Sekadar Berkongsi Kenangan Perkahwinan

Aku rasa, tajuk entri itu sudah menggambarkan apa yang ingin aku tulis/ paparkan. Ianya adalah souvenir/ bekas sisa ketika perkahwinan aku dulu. Aku tidak sehebat Chot when it comes to camera shooting tapi, boleh lah. Harap Bat tidak dengki. Haha.

sisa-affuan-nikshikin-11-mei-2006

sisa-affuan-nikshikin-11-mei-2006-1

klik untuk besarkan

Picasa 3: Kool..!

Aku mendapat update daripada Google untuk Picasa yang kini sudah versi 3 semalam. Sebagai bekas pengguna ACDSee dan Picasa 2, aku tidak berapa suka load start up nya yang lambat dan memakan masa. sebab itu lah aku lebih suka stick to Windows Picture And Fax Viewer. Tapi kini tidak lagi. Dengan upgrade daripada Google untuk Picasa 3, ternyata ianya lebih “ringan”. Aku sudah jumpa pengganti untuk Windows Picture And Fax Viewer yang tidak banyak function tersebut. Hampes. Gambar di bawah ni untuk tatapan agar kalian juga giur untuk mendapatkan Picasa3 ni. Hehe.

cool-picasa-3

Lawa bukan? Memang menarik. Di bahagian bawahnya ada scroll tab untuk meng’scroll gambar-gambar yang ada di dalam satu-satu folder. Kalian juga boleh zoom in dan zoom out (up to 3485%!) gambar menggunakan roda di mouse masing-masing. Aku percaya pengguna zaman sekarang sudah tidak menggunakan mouse zaman tok kaduk. :) Perisian percuma daripada Google ini juga tidak tersekat-sekat jika digunakan u ntuk view gambar besar bagak. Langsung tiada masalah. Komputer aku la. Komputer yang masih “diperkudakan” dengan processor Pentium II aku tidak jamin. Hehe.

Cakap banyak tak guna. Sila dapatkan Picasa 3 dan rasai sendiri pengalaman menggunakannya.

*google tidak membayar aku untuk reviu ini. sekian terima kasih. :)

Kenapa Orang Melayu Tidak Maju: Satu Pendapat

Jika ditanya kepada 10 orang soalan yang sama iaitu yang berbunyi:

Kenapa orang Melayu tidak maju?

Jawapan yang hampir sama akan terpacul dari mulut orang yang menjawab iaitu:

Melayu pemalas!

Jarang sekali jawapan berbunyi “tidak diberi peluang” atau “kurang didikan” diberi. Mengikut pengalaman, jawapan yang diberi itu ada juga betulnya. Peratusan ke’betulan itu pula bukan sedikit tapi banyak. Kalian yang berbangsa Melayu (seperti aku) tahu kan itu adalah hakikat? Aku tidak hipokrit. Aku tidak malu mengaku bahawa aku tahu dan apa yang aku tahu itu betul. Jangan lihat ia melalui sudut emosi sempit semata tapi lihat lah dari sudut positif. Pandangan positif kalian bakal menjadi penggerak ke arah memajukan lagi bangsa Melayu kelak.

Bila difikirkan, lemahnya peniaga Melayu terletak pada sikap orang Melayu itu sendiri. Cuba buka mata luas-luas dan lihat lah bangsa apa paling ramai dalam lokap? Bangsa Melayu! Ya, yang menjual, makan(hidu) dan menetak mak bapak kerana nak duit untuk membeli pil khayal/ gam kebanyakannya adalah berbangsa Melayu. Bukan tujuan hendak merendah-rendahkan bangsa sendiri tapi sebagai orang yang tidak hipokrit yang hanya pandai cakap belakang, aku malu untuk tidak mengaku yang aku juga adalah berbangsa Melayu. Sudah menjadi tanggungjawab anak Melayu untuk menyedarkan bangsa sendiri. Sama-sama lah menolong aku wahai bangsa Melayu semua.

Mentaliti orang Melayu yang suka bekerja makan gaji juga menyumbang ke arah kerendahan tahap ekonomi satu-satu isi rumah di Malaysia. Tidak salah bekerja makan gaji tapi adakah ia berbaloi berhempas pulas belajar tinggi-tinggi dan mendapat gaji seciput dua ribu sebulan. Tolak itu tolak ini nak makan pun jenuh. Nak bernewah-mewah hasil titik peluh sendiri jauh sekali. Bukan memperlekehkan tapi pernah kah bangsa lain begitu mempertahankan idealisme sedemikian? Pernah membuat kajian kenapa bangsa selain Melayu (cina dan india) tidak begitu berharap kepada kerja kerajaan? Kalian tidak akan mati walau tidak kerja kerajaan sekalipun. Tidak pernah aku tengok peniaga tidak kira bangsa Melayu atau bangsa lain yang merana tidak cukup makan kerana membuat pilihan salah untuk berniaga. Itu adalah hakikat kehidupan. Who’s tough enough still standing. If not, you lose. Sama juga dengan kerja makan gaji (kerajaan atau tidak). Siapa pandai kipas (bodek) bos, cepat la naik pangkat - cepat juga naik gaji. Pencen? Oh, kerja kerajaan semata-mata kerana adanya skim berpencen? Cuba kalian congakkan keuntungan melabur di dalam unit trust seperti Public Mutual selama 5 tahun dengan hanya melabur sebanyak 1 ribu. Itu baru 5 tahun. Kalian kerja kerajaan berapa tahun? 30 tahun? Bangga?

Itu mentaliti paling lemah pernah aku dengar (dan bercerita). Bangun lah bangsaku. Dah la duk lepak kedai kopi tu. Asyik-asyik muka korang je yang aku jumpa kalau nak beli nasik. Dah takde kerja lain ke selain duk lepak kedai kopi? Mereka menjawab, “Lepak kedai kopi la banyak pengetahuan. Macam-macam cerita boleh dengar/ kongsi”. Aku jawab, “Korang bising-bising kat kedai kopi lah ye, sebab tu la Dolah bagi minyak turun”. Aku bukan anti-sosial tapi aku sebagai Melayu sejati tidak layan alkohol, clubbing, seks rambang serta perkara-perkara yang membuang masa. Tapi ya, aku lumba haram. Haha.

*lumba keter turbo tau, mat rempit apa kelas… hak hak hak..

Kenapa Doktor Sakit Puan Mesti Seorang Lelaki?

Sungguh tidak relevan. Memang tidak relevan. Hajat untuk mendapatkan rawatan sakit puan di hospital kerajaan tidak kesampaian kerana kebanyakan yang kami jumpa adalah lelaki! Ada yang dah ber’title kan haji plak tu tapi lembut la. What in the world? Di Hospital Pakar Perdana KB pula, kami juga terpaksa menolak kerana pakar sakit puan tersohor di situ, Dr. Awang Nila juga adalah lelaki! Argh.. Apa nak jadi? Apa doktor pakar sakit puan dari kaum hawa tak ada ke? Apa perempuan dah tak minat nak belajar tentang penyakit diri sendiri? Adeh, sengal.. Nanti aku nak suruh Hannan jadi doktor la bila dah besar. Senang orang lain nak dapatkan rawatan tanpa perlu membayangkan betapa miangnya doktor sakit puan jantan sebelum attend appointment.

Dua tiga hari selepas kunjungan tidak berjaya itu dibuat, seorang yang mengaku beliau adalah doktor pakar sakit puan ber’title haji telah menelefon ke pejabat isteri aku. Beliau bertanyakan tentang nombor telefon beliau dan setelah bermacam alasan yang “agak munasabah” diberi, Pembantu Tadbir Kanan di situ terpaksa memberi juga nombor tersebut tanpa sempat memaklumkan kepada isteri aku dulu. “Doktor” sakit puan tersebut telah menelefon isteri aku (yang hari itu bercuti) dan bertanyakan di mana suami. Isteri aku kata aku kerja dan balik malam pukul 8-9 baru sampai kat rumah. “Doktor” tersebut memberi pesan supaya sms beliau jika aku dah balik. Isteri aku telefon dan minta aku balik awal. Aku sampai rumah lepas maghrib. Tidak sempat panas punggung duduk, “doktor” tu telefon. Suaranya lembut. Aku dah dapat agak yang beliau adalah lembut/ pondan. Aku pun melayan, nak tengok apa yang dia nak.

Nak tahu apa yang “doktor” tu suruh buat? Beliau suruh aku dan isteri buat oral sex sampai membuat bunyi-bunyian kesedapan untuk beliau dengar dan rekodkan di dalam komputer. Dengan cara tersebut, “sakit puan” yang aku rasa not so sakit puan isteri aku alami tu akan hilang sendiri keesokan pagi! Untuk nota, aku sudah dapatkan nasihat sepupu aku yang menjadi HA (pembantu perubatan) di hospital kerajaan dan beliau cakap ianya adalah masalah kecil dan boleh diubati selepas melahirkan anak nanti. So, apa nak dirisaukan kan? Jadi, kami ignore sahaja permintaan “doktor haji nan bapuk” itu dan teruskan hidup kami yang ceria nan indah ini. :) Tidak terhenti di situ sahaja, aku juga turut membuat keputusan untuk menjejaki siapa yang kononnya “doktor sakit puan” yang menelefon itu dan meminta aku dan isteri buat yang bukan-bukan for the sake of his own pleasure. Nanti kau. Haha.

*”doktor” tersebut menggunakan nombor hand set ketika menghubungi kami. ambik ko.

Jadi, pesan aku kepada student medic di luar sana (khususnya perempuan) supaya mengutamakan keperluan orang awam bila memilih major bidang masing-masing. Kalau perempuan, tak payah la nak gatal ambik major sakit tuan. Aku cukup faham lelaki yang suka ambil major sakit puan. Lelaki kan memang tersedia gatal? Kalau boleh jangan la.. Dah habis bidang ke nak pilih? Menyenangkan orang tapi dalam masa yang sama tidak memberi pilihan kepada orang awam untuk memilih. Itu menyusahkan. So, siapa lagi student lelaki yang berangan ambil major sakit puan? Meh aku pulas tengkuk!

Pemasaran Video Minit di YouTube

Bagi penggemar video marketing, teknik ini mungkin adalah satu rahmat. Aku juga cukup bersyukur kerana pihak YouTube sanggup “bersusah payah” memasang skrip untuk menyenangkan viewer untuk menonton babak2 yang di’recommend oleh pengkomen lain hanya dengan satu klik je. Hehe. Di satu sudut yang lain, mungkin pihak YouTube tidak mahu terlalu ramai viewer tertumpu di satu video sahaja yang mungkin menyebabkan server crash. Jadi dengan kemudahan satu klik untuk ke minit2 recommended ini, viewer tidak perlu membazirkan masa menunggu video loading sepenuhnya.

Contoh boleh dilihat di dalam salah satu video yang dimuatkan di dalam blog Hard Jump aku ni.

duo-hard-jump-style

Kalian MESTI KLIK untuk ke video jika mahu lebih jelas.

Di bahagian komen, sila cari komen yang ditulis oleh PyrePyrate yang mengandungi tulisan minit 0:57. Klik di nombor tersebut dan ianya akan terus di’redirect ke minit tersebut. Jadi, viewer akan terus dapat menonton babak yang disarankan oleh pengkomen tersebut. Skrip ini amat membantu viewer yang tidak punya banyak masa dan membuka YouTube semata2 untuk melihat babak “panas” tersebut. Katakan lah berita hangat tentang artis sekarang adalah tentang pelakon kacak bernama Affuan dicekup berlima-lima an dengan lima artis jelita (eleh! kekeke!). Pelakon lelaki tersebut pula sempat diambil video sedang melarikan diri sambil berbogel dan menampakkan bontot putih licin beliau (wow! haha..). Agak2 la.. Mana satu babak yang paling mahu ditonton oleh viewer? Mesti la babak ternampak bontot tu kan? :p

Mesti ada pengkomen yang bertanya atau pengkomen yang memberitahu di minit manakah babak tersebut dipertontonkan. Viewer yang belum lagi melihat video tersebut hanya perlu klik kepada nombor minit yang disaran dan tada! nampak lah bontot pelakon yang sudah tidak kacak lagi kerana kalut dan gelabah berlari. Hahaha. Itu contoh je. Kalau tak buat contoh begitu, nanti letih pula aku nak membalas komen kalian yang susah nak faham. Hehe.

Jadi, apa kepentingan fungsi ini kepada penggemar video marketing dan peniaga internet? Kalian perlu lah pandai memainkan peranan dengan meletakkan link  di “minit panas” tersebut. Jangan lupa untuk letak di permulaan video juga. As simple as that. Tak susah pun, cuma alihkan link saja. Modul pembikinan video marketing masih tetap sama.

Tahniah aku ucapkan kepada yang faham dan ucapan selamat berusaha kepada semua warga internet marketing Malaysia. Ucapan ini dibuat di Rumah Putih Hitam mewakili presiden berkulit coklat pertama US, Berek Obomoh. *selingan* Haha.

Mahu Popular? Jadi lah Blogger Perempuan!

Tak aci! Memang tak aci! Itu lah antara ayat cacian sopan seorang kawan YM (yahoo messenger) aku bila diajukan soalan cepu emas berbunyi:

Kenapa blogger perempuan lagi cepat/ senang popular?

Aku mengiakan saja cacian beliau sebab aku juga memang sakit hati. Hehe. Bila difikirkan balik, aku juga terasa sedikit hairan bila featured blogger di Nuffnang dan Advertlets selalunya kaum Hawa. Apa dah jadi dengan kaum Adam. Tak cukup “kick”? Aku suh beliau pakai seksi2 dan buat satu blog ber’deskripsi kan “sexy female blogger”. Kini tiba giliran aku pula kena cacian sopan sebab beliau adalah seorang lelaki. Ehe.

advertlets-featured-bloggers

Berikut adalah pengalaman aku sendiri menyamar sebagai perempuan yang mempunyai blog peribadi. Mangsa aku adalah isteri, NikShikin. Kepada yang ingin mengikut jejak aku, sila pay attention sebab cara ini teramat mudah kantoi.

  1. Daftar forum perniagaan internet yang ramai pengunjung seperti forum Carigold (CG) menggunakan nama perempuan. Bukan sebarang nama tapi perlulah memilih nama yang “boleh jual”. Syaratnya, orang yang namanya diguna tu mestilah betul2 wujud. Kenapa? Jangan tanya. :) Berforum lah selama seminggu (atau 10 hari) dengan memberi penekanan kepada thread2 Suai Kenal, Entertainment dan General Chat. Kalau nak join diskusi ilmiah tentang bisnes internet, jangan terlalu over memberi tips dan cara2 yang menunjukkan banyak yang kita tahu. Nanti kantoi.
  2. Pastikan kalian  mempunyai akaun Gmail dan sudah sedia mendaftar servis Blogger. Buat lah satu blog peribadi yang bercerita tentang diri sendiri, aktiviti harian dan apa yang diminati.
  3. Daftar juga di servis blog percuma Wordpress.com kerana ia adalah sumber kedua utama untuk meningkatkan traffic. Sumber utama adalah melalui aktiviti berforum.
  4. Daftar MySpace ATAU Friendster untuk MySpace marketing dan Friendster Marketing (social sites marketing). Penuhkan (tapi jangan terlalu penuh) dengan gambar2 tuan punya
  5. Avatar - Pastikan avatar yang digunakan diforum2 kalian aktif tu menarik a.k.a gambar perempuan. Tak nak letak gambar asal tuan punya pun tak kisah - asalkan cantik. :) Perkemaskan juga profile di Gmail, Wordpress.com dan Social Site(s) yang telah didaftar.
  6. Selepas itu, berblog dan berforum lah dengan aktif. Jangan lupa untuk TIDAK meletakkan signature berbentuk link ke blog di awal berforum. Juga jangan lupa buat2 seperti tidak tahu apa2 (bukan buat2 bodoh. hehe) ketika berforum. Kalau gatal tangan sangat nak menulis tips (untuk mendapatkan authority), buatlah ia secara gradual bukan dengan mengejut. Nanti forumer lain boleh cam penyamar. Kemungkinan akan di’ban adalah tinggi. Kalau tidak di’ban pun, kutukan dan cacian mangsa tipu mungkin boleh menyakitkan hati seterusnya wujudlah “perang” tidak berkesudahan. Hasil pula tiada.
  7. Langkah seterusnya adalah untuk mempromosikan link2 blog yang telah dibuat dan di’blog. Letakkan signature ke blog digabungkan dengan avatar yang menarik. Kalau tak dapat klik lagi tak tahu lah. Mungkin avatar “awek” tu terlalu cantik atau terlalu menggoda. Tak boleh. Itu tidak real. Agak2 la. Kalau forum Malaysia, gunakan gambar2 perempuan Melayu. Kalau sebaliknya, terpulang kerana ianya bersifat global.
  8. Di blog yang telah di’link itu pula kalau boleh iklannya jangan terlampau banyak. Ingat: Nak tarik traffic punya la susah tapi tiba2 blog pula hampeh sebab loading iklan membuatkan pelawat terpaksa menunggu lama untuk membaca apa yang ditulis.

Mengikut pengalaman aku, hasilnya, blog nikshikin.blogspot.com telah berjaya mendapat PR4 (kerana traffic tinggi) hanya dalam masa kurang daripada 3 minggu. Maknanya tidak sampai sebulan. Diikuti juga dengan blog fashiominie.blogspot.com dan mercbenz.blogspot.com. Semuanya di dalam akaun yang sama. $ yang aku dapat (untuk Adsense sahaja) adalah lebih kurang dalam RM40k (sudah di’convert) - memang AMAT berbaloi. Siapa mau cuba? :)

*blog2 yang dusebut di atas kini sudah aktif (pr juga jatuh)
*berhati2 dengan scammer begini. sila baca penafian.

Elakkan Mempunyai Banyak Blog

Entri ini berkaitan dengan amaran untuk para newbie atau otai daripada menceburkan diri dengan perkara2 yang (bakal) menyerabutkan otak.

Ini peringatan dari orang yang sudah ada pengalaman dalam tajuk yang ditulis, dan pengalaman itu adalah cukup menginsafkan tapi syukur “beliau” sudah insaf. Beliau yang dimaksudkan di sini adalah aku. Adeh, sengal.

Apa yang aku maksudkan adalah pengalaman menyakitkan hati, menyerabutkan otak dan terkejar2 kerana mempunyai banyak blog. Faham2 lah kalau dah banyak - mesti semua nak update. Ada blog peribadi yang perlu dimasukkan gambar2 dan di’update kisah harian, event dan pengalaman. Ada juga blog yang wajib di’update selari dengan Google (hot) Trends. Kalau tercicir nanti visitor lari. Ada blog yang perlu ditulis tips percuma (tanpa dihargai). Macam2 hal. Kalau tak kuat semangat, boleh give up. Ya, aku adalah orang yang give up tersebut. Sekarang aku sudah slow balik dan hanya memberi tumpuan kepada blog2 penting sahaja. Ada blog yang aku sudah tawar hati untuk memperbaharui domain dan hosting. Biarkan ia terus mati. Aku dah tak peduli lagi.

Pesan aku: Daripada kalian menghabiskan duit membeli domain2 tak berfaedah dan tidak diguna, ada baiknya kalian beli (atau subscribe) skrip2 yang boleh diguna untuk menjana duit balik. Itu lagi menguntungkan. Dengar cakap aku dan seboleh2nya elakkan lah mempunyai banyak blog.

Bosannya Menjadi Blogger Perfect

Ya, aku bosan. Maaf kerana men’delete entri dan komen sebelum ini. Maaf juga kerana menjahanamkan teknik SEO untuk me’lakukan blog kalian dengan menceduk sedikit traffic di blog ini.  Otak aku kacau. Aku selalu sibuk, dan aku tak suka penyibuk. Harap kalian faham. Aku bosan kerana kesibukan meng’update blog2 MFA menjadikan aku tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian aku kepada blog utama aku ini.

*blog MFA - blog Made For Adsense

Natijahnya, ia selalu terbengkalai. Beberapa kali aku cuba untuk menukar bahasa utama blog ini kepada Bahasa Inggeris tapi semua cubaan tu tidak menjadi kerana aku adalah seorang yang tidak tetap pendirian. Maafkan aku.

Aku rasa aku adalah seorang perfectionist. Terima kasih Callister kerana menyedarkan aku. Aku tidak boleh melihat, merasa atau memakai sesuatu yang tidak perfect. Hampir2 perfect masih boleh diterima bagi aku. Yang penting, ke’perfect’an itu masih ada. Ia adalah salah satu penyakit psikologi. Kalian yang pernah ke rumah aku akan faham.

Perfectionism, in psychology, is a belief that perfection can and should be attained. In its pathological form, perfectionism is a belief that work or output that is anything less than perfect is unacceptable. At such levels, this is considered an unhealthy belief, and psychologists typically refer to such individuals as maladaptive perfectionists.

Jadi, sesiapa (berkemungkinan) ada cara untuk aku berubah? Tolong lah. Aku tidak mahu hidup dalam adunan ke’hipokrit’an yang melampau2.

Yang benar,

Affuan yang otaknya sedang kacau.