aku July 30th, 2008

rasa macam dah lama tak update blog. haha. kali ini, aku nak merapu lagi tentang diri aku. sukati la, blog aku. haha. dari segi sifat (dan sikap), aku adalah orang yang:

  1. pemarah, tapi
  2. peramah
  3. tak suka menunggu
  4. tak suka ditipu
  5. penyayang pada kucing dan kanak2, juga
  6. penyayang pada isteri. haha.
  7. suka berkawan dengan sesiapa sahaja

dari segi kehidupan harian, aku adalah orang yang:

  1. bangun awal pagi semata2 nak hantar isteri kerja. kalau tak hantar isteri kerja pagi2, alamat lewat la aku bangun. kui3.
  2. hanya sekali sahaja basuh berak anak seumur hidup aku. itu pun sebab terpaksa, isteri aku gi kursus. muahaha.
  3. gila kerja. aku tutup kedai hardware aku adakala sampai lewat malam. kalau setakat pukul 7 - 8 malam, itu adalah biasa. huhu.
  4. breakfast awal tapi lunch lewat. dinner plak selalunya hanya makan beger - dah kenyang sebab lunch lewat.

dari segi perkerjaan, aku adalah seorang:

  1. kontraktor
  2. tokey yang suka memaki-hamun pekerja
  3. tokey kedai hardware
  4. tokey yang berjimat cermat (dan sedikit kedekut). peduli hape? kan hard-earned money aku? cis.

itu sahaja buat hari ini. nanti aku update lagi. buwahaha.

18 Responses to “aku”

  1. KNizam On

    respect sama kontraktor gigih dan tokei kedai hardware yang hardcore kerja cam ko. hehe :)

    Affuan Reply:

    haha. aku nak kumpul duit nak anjurkan gath bloggers besar2an kat kelantan la. muahaha.

    MakanMalaya Reply:

    kena buat kat kedai nasi ulam cikgu la. best wooooooo

    Affuan Reply:

    cis, aku pun tak tahu mana tempat tuh. aku baru dua tahun balik kelantan wei.. aahaha.

  2. !x0r@ On

    sekali je basuh berak anak? cis.. tak patut sungguh!hahaha

    Affuan Reply:

    aku x boleh bau mende busuk. kalau x, dah la aku terima request JV daripada member2 aku yang duk bela lembu untuk di’eksport. sekian. :D

  3. ambsmart On

    Semua bos adalah kedekut. Itu satu fakta yang tak dapat dinafikan lagi.

    Affuan Reply:

    tapi aku baik hati. hahaha.

  4. Mohd Hafifi On

    rajin bekerja..baguslah tu..tp nape basuh berak anak baru skli?tak sggup ke?huhu

    Affuan Reply:

    aku pernah buat skali. kira sanggup la juga tu - walaupun dalam terpaksa. muahaha.

  5. melayubuntu On

    hahaha…detail la plak penerangan beliau…hahahha

    Affuan Reply:

    muekeke..

  6. nono On

    hahahahhahahahahahhaha! lawak lawak.. :D kedekut eh affuan.. huhuh.. sadis gila pengakuan ini.

    Affuan Reply:

    oi, apa yang lawak? muahaha.

    nono Reply:

    pengakuan hang la. huhuhu

    Affuan Reply:

    ekeke. aku kan manusia jujur. muahaha.

  7. cyza On

    Ohw….kontractor…
    Kelas apa ek?
    Camna…? mencabar tak time ni…sime naik siut…tak jadi aku nak buat tiling tmpt letak keta rumah aku… :(

    Affuan Reply:

    mencabar ar. tp still ok lagik. ko carik yang reject la. lawa2 gak. tapi upah? er.. ko pasang ar sendiri. jimat skit. hehe.

Leave a Reply