Sudah tidak macam dulu August 26th, 2008

Streamyx sudah tidak macam dulu. Berblog tidak lagi menjadi aktiviti yang menggiurkan bagi aku. Kalau line bengong sangat, aku cuma update blog2 MFA sahaja lah. Sebab tu blog ini dibiarkan bersawang. Terima kasih kepada Streamyx yang dengan kurang ajarnya aku menggelar beliau dengan nama Snailmyx. Mungkin lebih baik letak nama Babiremyx sahaja. Better..

Semuanya sudah tidak macam dulu di Malaysia ni. Jika dulu budak2 remaja kita pemalu dan bersopan santun serta tidak kurang ajar dengan orang tua, sekarang sudah pandai menginjak kepala sesiapa sahaja. Kerana apa? Pil kuda, dadah atau syabu. Bila ditanya ibu bapa kenapa dibiarkan anak2 seawal umur 7 tahun itu hisap rokok, mereka melahirkan rasa bersyukur anak mereka hanya hisap rokok, tidak merebak kepada pil kuda dan dadah. Kata aku, kalau umur sekolah rendah dah pandai hisap rokok, lambat laun merebak la jadi lebih teruk. Mereka tidak pandai atau cakna berfikir barangkali.

Jika dulu ahli politik berjuang untuk bangsa dan negara, kini Read more..

Affuan bersama otai2 MIRC August 17th, 2008

Kalau orang lain yang sudah beristeri, mereka berat hati untuk keluar melepak malam2 Jumaat. Bagi aku ngan bini aku, NikShikin, kitorang turut kuar melepak. Dah la tak bawak Hannan, kitorang ber’tralala cam orang sedang couple. Ramai yang dengki melihat kami berpimpinan tangan. Lantak lah. Lalala~

Kitorang kuar sempena mini gathering a.k.a lepak2 Kopitiam Jalan Kebun Sultan Kota Bharu (depan RHB). Kui3. Mini gathering ini ditaja khas oleh Andika9 - yang juga merupakan founder channel #murai dan orang yang belanja minum.

*kalau aku tau dier nak belanja, aku nak gak pekena mee goreng basah. bila lagi nak pau membe. ngahaha.

Yang ada malam tu adalah Izzi, Andika9, Koley, dan Semak^Samun (aku la tuh. hehe). Ahlikubur datang lewat ngan member dier. Ahli2 pompuan sumer tak jadi datang. Sia2 jek aku bawak bini aku. Huhu. Sejak kuar Univ dan kerja, lama gila aku tak lepak gini. Hati rasa kepingin dari dulu lagi. La ni baru dapat layan. Tu pun bawak bini. Kui3.

*aku bawak bini untuk mengelakkan ditekel oleh awek2 MIRC. hehe.
*back off! back off! awek2 jangan ngurat aku! aku bawak bini tau!! waaakakaka.

Bagi aku, walaupun tak ramai sangat aku rasa best la jugak dapat kumpul kawan2 baru yang datang daripada bermacam background dan pekerjaan. Tak salah tambah kenalan kan? Huhu.

Affuan bersama otai2 MIRC Channel #Murai

Klik untuk besarkan

Andika9 - Ko memang sempoi tapi aku tak tau ko gi ngan pakai sluar pendek macam nak masuk tido. Haha.
Izzi - Ko juga sempoi dan peramah.
Koley - Apsal ko suka sengih? :D
Ahlikubur - Ko buat projek wiring kan? Kalo ada rezeki, nanti aku pass projek sub kat ko.
Semak^Samun - Ko memang handsome. Waaaakakakaka.

Bila difikirkan, aku memang la seorang blogger. Tapi, dua tiga menjak ini aku malas nak update blog, kecuali blog2 MFA aku yang berlambak tu. Jika aku malas update blog, aku tak layak lagi digelar blogger. Tidakk… Kih3. Tapi, kalo aku masih update blog2 MFA. Adakah ini bermakna aku masih seorang blogger? Mungkin juga, mungkin tidak lagi. Heheh. Memandangkan aku sudah update blog ini, aku masih layak dipanggil blogger. Kalau aku asyik update blog2 MFA je, aku hanya layak digelar splogger (spam blogger). Aku tak nak digelar splogger. So, aku update je la blog ni. Jadi lah aku blogger. Sekian update stail malas dari aku. Ahaha.

skil - aset terpenting August 9th, 2008

melainkan korang tidak pernah ke sekolah, korang akan tahu apa itu subjek kemahiran hidup. jika di dalam sekolah dulu, subjek ini aku anggap sebagai subjek sampingan sahaja. atau, tempat aku main2 atau merosakkan peralatan di dalam bengkel. nak study? haram tak pernah sentuh. periksa? aku tiru. dan, dapat lah aku A dalam subjek kemahiran hidup PMR dulu. kebetulan best student form3 masa tu namanya amri. nama affuan dan amri dekat2 je. so, aku tiru beliau yang begitu baik memberi tiru. haha. terima kasih amri. budimu akan kukenang selama2nya - walaupun kau tidak rela. hak3.

bukan nak cakap pasal aku meniru. atau, betapa bencinya aku kepada subjek keahiran hidup. aku nak tekankan peri pentingnya kemahiran/ skil dalam kehidupan kita. <– ayat darjah lima. hehe.

aku, affuan - seorang yang sudi belajar apa saja kemahiran yang ada dalam dunia ni. sebab tu aku pandai buat blog, design blog, edit gambar guna photoshop, dll. aku juga banyak dapat duit melalui internet. tu paling penting. sebab apa? bukan kerana aku berkemahiran. ianya sebab aku ada kemahiran. aku berkemahiran dalam bidang undang2 sebab aku kan law student. aku juga boleh jadi tukang rumah kerana lepas spm dulu aku bekerja sebagai tukang rumah dengan syarikat ayah aku. mula dari bawah. ingat anak tokey boleh la jadik manager. site manager pun ok hape. ini, jadi tukang. siot jek bapak haku. hak3. la ni, aku adalah seorang kontraktor. segala urusan aku buat sendiri. kenapa? sebab aku ada kemahiran.

kenapa aku cakap skil/ kemahiran tu aset terpenting? sebab, tanpa kemahiran korang adalah seekor loser. wei, nak pikat pompuan pun kena ada kemahiran tau! nak tau apa kemahiran dier? jangan tanya aku. aku hanya boleh bagi kemahiran tentang bagaimana untuk ditempeleng awek cun. hak3. well, kalau korang bukan jenis yang suka kepada ilmu macam aku, sila lah bersiap sedia. ubah sikap. ubah gaya hidup. jangan ingat nak senaaaang jer manjang. apa korang ingat dunia ni mak baaapak korang punya? nak hidup senang, kena ada ilmu. ilmu membentuk kemahiran. kemahiran boleh digunakan untuk mencari duit. duit tu buat modal berniaga. bila dah besar berniaga, jangan kawin sekor lagi tau! muaahaha.

*peringatan untuk diri aku juga. hee..

aku bizi la.. August 7th, 2008

korang memang. ade ke paksa aku update blog. cis. cis. dan cis. serta cis. lagi lagi cis. ahaha. aku bizi la. projek perumahan yang ada skang ni memang tak menang tangan nak kerjakan. ops, aku bukan tukang. siapa pikir aku tukang, aku akan suh saiful bukhari azlan muka tak malu tuh gi liwat bontot korang. ekeke. aku dalam proses sedang berfikir separuh masak untuk pindah pejabat ke kota bharu. senang skit orang nak melawat aku sambil bawak buah limau ke ape ke. haha. bleh la aku buat tiger show percuma. bukan, bukan. itu zuriaf suka buat. aku tak suka buat tiger show. beliau suka. :D

kalo duk belah kota bharu nanti, bleh la aku buat kelas adsense ke affiliate ke. atau, mungkin juga boleh membuat kelas cara2 menekel awek. hm.. janda pun boleh gak kot. aku dah praktikkan cara2 nih. memang tak berkesan langsung. hasil ada. pelempang sebijik kat pipi belah kiri. huhu. aku bizi. sampai jumpa lagi. ngaahaha.