Affuan bersama otai2 MIRC August 17th, 2008
Kalau orang lain yang sudah beristeri, mereka berat hati untuk keluar melepak malam2 Jumaat. Bagi aku ngan bini aku, NikShikin, kitorang turut kuar melepak. Dah la tak bawak Hannan, kitorang ber’tralala cam orang sedang couple. Ramai yang dengki melihat kami berpimpinan tangan. Lantak lah. Lalala~
Kitorang kuar sempena mini gathering a.k.a lepak2 Kopitiam Jalan Kebun Sultan Kota Bharu (depan RHB). Kui3. Mini gathering ini ditaja khas oleh Andika9 - yang juga merupakan founder channel #murai dan orang yang belanja minum.
*kalau aku tau dier nak belanja, aku nak gak pekena mee goreng basah. bila lagi nak pau membe. ngahaha.
Yang ada malam tu adalah Izzi, Andika9, Koley, dan Semak^Samun (aku la tuh. hehe). Ahlikubur datang lewat ngan member dier. Ahli2 pompuan sumer tak jadi datang. Sia2 jek aku bawak bini aku. Huhu. Sejak kuar Univ dan kerja, lama gila aku tak lepak gini. Hati rasa kepingin dari dulu lagi. La ni baru dapat layan. Tu pun bawak bini. Kui3.
*aku bawak bini untuk mengelakkan ditekel oleh awek2 MIRC. hehe.
*back off! back off! awek2 jangan ngurat aku! aku bawak bini tau!! waaakakaka.
Bagi aku, walaupun tak ramai sangat aku rasa best la jugak dapat kumpul kawan2 baru yang datang daripada bermacam background dan pekerjaan. Tak salah tambah kenalan kan? Huhu.
Klik untuk besarkan
Andika9 - Ko memang sempoi tapi aku tak tau ko gi ngan pakai sluar pendek macam nak masuk tido. Haha.
Izzi - Ko juga sempoi dan peramah.
Koley - Apsal ko suka sengih? ![]()
Ahlikubur - Ko buat projek wiring kan? Kalo ada rezeki, nanti aku pass projek sub kat ko.
Semak^Samun - Ko memang handsome. Waaaakakakaka.
Betulkah aku seorang blogger? August 17th, 2008

Bila difikirkan, aku memang la seorang blogger. Tapi, dua tiga menjak ini aku malas nak update blog, kecuali blog2 MFA aku yang berlambak tu. Jika aku malas update blog, aku tak layak lagi digelar blogger. Tidakk… Kih3. Tapi, kalo aku masih update blog2 MFA. Adakah ini bermakna aku masih seorang blogger? Mungkin juga, mungkin tidak lagi. Heheh. Memandangkan aku sudah update blog ini, aku masih layak dipanggil blogger. Kalau aku asyik update blog2 MFA je, aku hanya layak digelar splogger (spam blogger). Aku tak nak digelar splogger. So, aku update je la blog ni. Jadi lah aku blogger. Sekian update stail malas dari aku. Ahaha.
aku bizi la.. August 7th, 2008
korang memang. ade ke paksa aku update blog. cis. cis. dan cis. serta cis. lagi lagi cis. ahaha. aku bizi la. projek perumahan yang ada skang ni memang tak menang tangan nak kerjakan. ops, aku bukan tukang. siapa pikir aku tukang, aku akan suh saiful bukhari azlan muka tak malu tuh gi liwat bontot korang. ekeke. aku dalam proses sedang berfikir separuh masak untuk pindah pejabat ke kota bharu. senang skit orang nak melawat aku sambil bawak buah limau ke ape ke. haha. bleh la aku buat tiger show percuma. bukan, bukan. itu zuriaf suka buat. aku tak suka buat tiger show. beliau suka.

kalo duk belah kota bharu nanti, bleh la aku buat kelas adsense ke affiliate ke. atau, mungkin juga boleh membuat kelas cara2 menekel awek. hm.. janda pun boleh gak kot. aku dah praktikkan cara2 nih. memang tak berkesan langsung. hasil ada. pelempang sebijik kat pipi belah kiri. huhu. aku bizi. sampai jumpa lagi. ngaahaha.
bloggers yang aku nak jumpa, dan kenapa? July 26th, 2008
bercakap dan berbual di ruangan maya mungkin tidak cukup bagi kita sebagai blogger. dalam hati masing2, mesti ada rasa nak borak secara depan2. tak kisah la sesiapa pun - janji kita semua hepi. jadi, ini aku senaraikan bloggers yang aku ingin jumpa, dan kenapa mereka yang aku pilih. manusia pertama yang aku nak jumpa adalah:
- bat! - beliau ni manusia yang berbakat dalam css dan koding2 itu sumer serta baik hati. bukan nak bodek beliau supaya buat theme wordpress free untuk aku. tapi, memang aku suka orang cmni. bukan suka sebagai rakan gei la bengong. haha. er, bat. theme 3 column cam doshdosh sebijik. ehe.
- zuriaf! a.k.a fairuz - beliau adalah abang berbadan gempal yang sudah kelihatan sedikit kurus kerana mempunyai coach bina badan yang penyayang. eiiiiii. haha. aku nak jumpa beliau hanya untuk menemani beliau mengukur berat badan sahaja. kalo lebih 60kg, aku akan melantak kfc sensorang, tanpa mengajak beliau makan skali. muaahaha.
- knizam! - dia nih suka makan dan jalan2. aku nak suh dier bawak aku skali gi menjelajah. best la plak. dengki aku baca blog dier. huh. tapi aku rasa kan. beliau ni lebih kepada makan2 carik jalan, bukannya jalan2 carik makan. miaaahaha.
- dr. xero! - mamat ni juga berbakat dalam web designing. itu bakat yang korang nampak. beliau mempunyai satu bakat terpendam iaitu bakat umumkan nak update blog selalu tapi akhirnya jarang2 jugak update. kembali kepada sedia kala. appa da.. haha.
- ixora! - minah hepi go lucky ni suka sangat masuk blog haku dan drop komen. aku hanya nak menggembirakan hati beliau dengan memberi peluang beliau untuk dating dengan aku. muaaaahahaha.
nikshikin: amboiiiiihhh!
er..
*lariii!!
bini baru July 18th, 2008
cis, aku takde idea nak tulis apa ari ni. jadi aku buat fitnah kepada diri sendiri. wakaka.
