Sudah tidak macam dulu August 26th, 2008

Streamyx sudah tidak macam dulu. Berblog tidak lagi menjadi aktiviti yang menggiurkan bagi aku. Kalau line bengong sangat, aku cuma update blog2 MFA sahaja lah. Sebab tu blog ini dibiarkan bersawang. Terima kasih kepada Streamyx yang dengan kurang ajarnya aku menggelar beliau dengan nama Snailmyx. Mungkin lebih baik letak nama Babiremyx sahaja. Better..

Semuanya sudah tidak macam dulu di Malaysia ni. Jika dulu budak2 remaja kita pemalu dan bersopan santun serta tidak kurang ajar dengan orang tua, sekarang sudah pandai menginjak kepala sesiapa sahaja. Kerana apa? Pil kuda, dadah atau syabu. Bila ditanya ibu bapa kenapa dibiarkan anak2 seawal umur 7 tahun itu hisap rokok, mereka melahirkan rasa bersyukur anak mereka hanya hisap rokok, tidak merebak kepada pil kuda dan dadah. Kata aku, kalau umur sekolah rendah dah pandai hisap rokok, lambat laun merebak la jadi lebih teruk. Mereka tidak pandai atau cakna berfikir barangkali.

Jika dulu ahli politik berjuang untuk bangsa dan negara, kini Read more..

ymail? July 21st, 2008

maaf, entri sebelum ini belum “sejuk” lagi, dah kuar entri baru. aku kan bizi. idea yang ada terus jek aku tulis. demi mu seo. miahaha.

**

ymail? mender ni baru, atau aku je yang tak tahu? cis. hampess sungguh rasanya diri sendiri. oleh kerana aku skang ni dalam mood membenci gmail, aku register lah satu email dengan ymail. rupa2nya sama gak ngan yahoomail, cuma nama belakang jek lain. ai, nak lawan gmail? hehe. lawan lah. kami sebagai pengguna jugak yang menang. muahaha.

masa nak register tu, korang hanya perlu cari ymail di dalam drop down menu seksyen 2 tu. klik gambar untuk besarkan.

masa nak login plak, taipkan nick korang secara penuh a.k.a nama-korang@ymail.com. klik gambar untuk lebih maklumat. skema sungguh ayat aku neh. huhu.

pemuka ymail - sama jek ngan yahoomail. dah memang adik-beradik. cis.

klik untuk besarkan

berbalik kepada yahoo July 21st, 2008

umum mengetahui yang google adalah search engine paling hebat, kreatif dan dikagumi abad ini. google juga banyak membeli syarikat2 besar seperi youtube. jadi, bila google hampeh, web2 di bawah label mereka juga turut hampeh, termasuk lah gmail. youtube pula, haram x bleh nak view walau satu pun video. jadi, aku dengan bengkeknya kembali kepada yahoomail yang tidak pernah down dan mengecewakan. entah sampai bila aku akan guna yahoomail. ada sedikit perasaan aneh dan hampess. nak buat cemana, gmail sudah tidak lagi relevan - sama seperti parti pemerintah UMNO. sudah tidak relevan. undur saja. huhu. ada unsur2 sindiran dan dakwah di situ. hehe.

kenapa aku merapu? July 16th, 2008

setelah menjalankan beberapa kajian tentang fenomena visitor malaysia, aku memutuskan untuk menghentikan tutorial membuat duit dengan internet. bukan kerana aku malas. bukan juga kerana aku merajuk. jauh sekali bukan kerana aku rasa tak untung memberi tutorial percuma. sebab aku mudah. cuba korang selami apa yang aku perlu aku buat untuk menulis entri yang bermanfaat.

  1. ilmu yang sudah ada aku kena kumpul, compress dan halusi untuk mendapatkan hasil yang boleh difahami oleh semua peringkat pembaca.
  2. aku kena kaji takut2 mana ada yang tertinggal ke apa ke. kesian la pembaca kalo terpaksa carik tempat lain pula. jika mereka carik di tempat lain, blog aku serta merta dicop blog sampah. kan? huhu.
  3. aku kena tulis dengan ayat yang paling simple dan mudah difahami. orang kita kan selalu sibuk. mana ada masa nak baca tulisan panjang2 dan rumit2 itu semua.. huh.
  4. kena berhati2 dengan tips how-to yang aku tulis/ tutorial’kan. bukti juga kena kukuh. kalau sendiri tak pernah cuba/ buat, jangan harap entri pasal satu2 benda yang ditulis itu akan mencongkam! (pinjam ayat en_me). huhu.

seperti menjual produk, penulisan entri tutorial memerlukan korang untuk follow up kepada anak2 murid “bidan terjun” ko nih. kena layan komen mereka yang tak faham. silap2 kena jadi tutor secara tak langsung! aku melaluinya. ikut ym, ikut email. kena jumpa live pun pernah. tapi, yang bagusnya aku (ehe) - aku tak kenakan bayaran langsung. bukan nak kata aku bagus sangat. cuma aku nak tengok setakat mana mereka yang aku ajar tu boleh buat duit dengan internet, sebagaimana yang aku buat. sekian.

dilema designer malaysia July 13th, 2008

kucing dalam dilemaberceloteh dengan seorang designer malaysia semalam betul2 membuka mata aku. biar aku rahsiakan saja namanya. yang pasti, korang juga amat mengenali manusia ini. beliau meluahkan ketidakpuasan hatinya tentang harga hasil kerja yang selalu disalah nilai oleh pelanggan. pengalaman aku sendiri yang hanya dibayar rm20 untuk satu servis membuat blog cukup menyakitkan hati. siap dengan design dan coding plak tuh. bukan nak demand tapi agak2 la. kalau produk atau servis mat saleh orang kita boleh bayar walau semahal mana pun. kalau buah tangan orang kita? tidak semua yang tahu tentang coding. jadi, designer wajar dibayar sesuai dengan hasil yang diminta oleh pelanggan. siot jek semua mender nak murah. huh.

gambar via